25 Jun, 2010

Kisah Mus'ab bin Umair r.a


Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

23 Jun, 2010

Apa Sebenarnya Tujuan Kita Berdoa?

Tujuan kita berdoa adalah mengikhlaskan apapun yang sudah menjadi kehendak atau ketetapan Allah. Apapun masalah yang kita hadapi hendaknya benar-benar menyandarkan diri kepada Allah sebagai penolong dan pelindung yang sebaik-baiknya. Apapun yang menjadi kehendakNya dan ketetapanNya itulah yang terbaik untuk kita.

'Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung.' (QS. al-Anbiya : 88).

Dengan berdoa memohon kepada Allah akan membebaskan diri kita dari perasaan takut akan masalah maupun ketakutan itu sendiri. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah. Mereka tidak mendapat bencana apapun. Mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (QS. ali- Imran : 173).

Lantas apa kuncinya sebuah doa dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Kuncinya terletak pada diri kita sendiri. Apakah kita termasuk orang-orang yang bertaqwa kepada Allah sehingga doa kita layak untuk dikabulkan atau tidak? Bagaimana dengan perbuatan kita sehari-hari? apakah memudahkan doa kita dikabulkan ataukah malah menjadi penghalang doa kita untuk dikabulkan?

'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rizki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang berserah diri kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. (QS ath- Thalaq : 2-3)

21 Jun, 2010

PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ


Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam pasti akan terkubur.

Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah.

Taif

Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam iaitu kekayaan bukanlah faktor utama dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan hasil dalam negara yang banyak tetapi ia tidak membantu dalam membentuk umat Islam yang bersatu serta menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri.

Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

16 Jun, 2010

Apakah Kriteria Seorang Sahabat Yang Baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

14 Jun, 2010

Kupasan dari buku 'Merlin'


Sekali sekala mari kita berbincang tentang filem...selalunya filem omputeh yang berunsurkan keagamaan Kristian,mempunyai maksud tersendiri.Jangan hairan andai ada di kalangan anak muda yang lemah akidah mereka,begitu taasub menonton The Lord of The Ring,Merlin dan sebagainya.. .hingga dengan sendiri berminat untuk keluar dari Islam.Atau anak-anak yang berminat menonton filem Harry Porter,yang dengan sendiri berminat mencari tongkat lalu cuba membaca mentera magik (sihir) di samping berimiginasi bahawa selepas mentera dibaca, sesuatu magik akan berlaku.Sedar atau tidak filem-filem omputeh yang berunsurkan agama akan menggunakan tongkat atau magik sebagai trademark filem mereka,justeru Moses atau nabi Musa yang berdakwah kepada kaum Israel telah dikurniakan tongkat oleh Allah sebagai mukjizat sejajar dengan zaman itu bagi membuktikan kekuasaan Allah di samping berdakwah kepada Israel.Sekalpiun begitu ajaran Nabi Musa tetap diingkari.

Tetapi filem-filem yang berunsurkan Kristian seperti ini yang ditayangkan dalam channel TV di Malaysia,atau filem Super Natural yang menghalau hantu dengan membaca ayat-ayat Bible dan kemudiannya ayat-ayat Bible yang dibacakan itu turut diterjemahkan dikaca TV3.

Sekalipun filem seperti Merlin telah tamat dalam beberapa bulan yang lalu.Di sini ingin saya kongsikan dengan para sahabt mengenai rahsia di sebalik filem Merlin.Berdasarkan karya Merlin yang dikupas melalui sebuah blog...so selamat membaca

Jika kita menonton (LOTR)LORD OF THE RINGS, kita melihat bahawa Gandalf mengembara ke alam Hobbit dan bertemu makhluk aneh yang bertelinga panjang yang jelas menampilkan suasana alam jin. Jika dilihat di dalam MERLIN: SHAMAN, PROPHET MAGICIAN karya JOHN MATTHEWS dinukilkan:

Di dalam sejarah Britian, nama Merlin dikaitkan dengan epik King Arthur(Seorang raja Britian)Didapati apabila disebut kisah King Arthur, akan pasti wujud watak Merlin akan ditemui. Ini bermakna Merlin memainkan peranan penting ketika zaman pemerintahan dan kegemilangan King Arthur. Merlin dikenali sebagai penasihat dan mentor kepada King Arthur..Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, Excalibur Sword, The Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah dikenali umum. Sejarah Britian amat terimbau dengan zaman kegemilangan King Arthur seolah-olah Britian ini lahir dari sebuah sejarah yang penuh misteri.

Sejarawan Barat pernah menyebut bahawa kisah penglibatan Merlin di dalam hal ehwal King Arthur dan Meja Bulat (The Round Table). Pemerhatian yang dilakukan kadangkala dia terlibat secara langsung, dia sering mencorak masa hadapan, ada ketikanya dia mengikuti mimpi rahsianya sendiri. Maka di sini dilihat bahawa dengan bentuk penyamarannya sebagai penggerak setiap kejadian, sebagai seorang yang mengetahui kejadian mendatang dan menentukan nasib King Arthur dan tenteranya. Maka inilah gambaran pertama yang boleh dikatakan bahawa Merlin adalah Dajal. Dengan bijak dia telah mengatur manusia dan mencorak zaman silam sekaligus membentuk masa akan datang.

MERLIN a.k.a DAJJAL

"Kita sudah melihat bahawa Merlin memilih untuk menyendiri untuk membolehkan bebas mengekalkan usianya dan memelihara kesihatannya. Ini boleh dijelaskan di dalam perembunyiaan para raja yang berada di antara langit dan bumi. Merlin kelihatan mampu mengembara ke satu alam lain untuk beberapa ketika dan dia menyendiri lagi bagi mempersiapkan diri untuk kembali"

Kiriman : bintukamaruddin

12 Jun, 2010

Jangan Seperti Buih-buih di Laut




Demam piala dunia FIFA semakin menjengah seluruh manusia di pelusuk dunia.Setelah peristiwa flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza berlalu 13 Mei yang lalu.Terlalu cepat umat ini leka dengan keadaan,bahkan menganggap semua yang berlaku adalah peristiwa yang berjalan seiring dengan masa.Jadi sekarang masanya adalah menumpukan perhatian kepada FIFA yang bakal berlansung di Afrika.Semestinya anak muda Melayu yang beragama Islam,tidak ketinggalan mengambil peluang menjawab soalan-soalan berkaitan FIFA untuk mendapat ganjaran sebagai pemenang. Setiap tahun pastinya ada Piala Dunia,tetap hebat bila saat pasukan bola yang digemari mendapat kejayaan dalam setiap perlawanan.Meriah di kedai-kedai makan,riuh rendah sekali sorokan kaum Adam yang menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka.

Tetapi sekali pandang,sebenarnya permainan sms seperti itu sama seperti bermain judi.Tanahair ini sebenarnya memang menanti masa agar bala akan kunjung tiba. Merujuk kepada laporan (Fikrah 7-10 Jun 2010,m/s:12) pemimpin yang mentadbir negara Malaysia sejak dari Tunku Abdul Rahman lagi menganggap judi sebagai (welfare lottery).Malah di zaman pemerintahan Mahathir yang dianggap pemimpin yang berwawasan dan gemar mencipta teknologi, beliaulah di antara pemimpin UMNO yang pertama meluluskan lesen mesin slot di Bukit Tinggi.Jangan sekali lupa di mana terletaknya pengendali Besar judi di Malaysia iaitu yang terletak di Genting Berhad.Bahkan Genting merupakan pengendali kasino Terbesar di Asia Tenggara….wah hebatnya! Hebatnya kejayaan yang bodoh ini.Banggakah anda menjadi rakyat Malaysia?

Sebanarnya apakah simbolik yang ada di sebalik World Cup atau Piala Dunia.Siapakah yang menganjurkan world Cup pada saban tahun? Tidak lain semestinya barat.Andai barat yang menganjurkan perlawanan seperti ini,apa motifnya?Terfikirkah kita? Teringatkah kita pada kalimah lalai dan leka yang disebut di dalam kalam-kalam Allah?Atau kita juga telah lupa? Terfikirkah kita tentang agenda barat untuk melemahkan pemikiran umat Islam.Antara agenda tersebut adalah dengan memperbanyakan hiburan dan keseronokan serta keasyikkan,agar umat ini tidak menghiraukan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.Apatah lagi golongan yang meminati bola sepak,tidak lain ialah para pemuda.

Nabi S.A.W pernah menyebut:Umatku akhir zaman seperti buih-buih di laut.

Berdoalah mudah-mudahan, kita tidak termasuk di kalangan umat buih yang disebutkan oleh Nabi S.A.W. Saat waktu riuh rendah umat Islam dan mereka yang bersimpati dan bersifat kemanusiaan terhadap sesama manusia yang tertindas dalam kezaliman dan peperangan.Saat umat ini baru bangkit dan sedar tentang kepentingan Jihad melawan Israel…dengan kejadian yang baru berlaku di peangairan antara bangsa,namun umat ini kembali dibuai kelekaan dengan agenda musuh yang bersekutu dengan Israel .Isnin yang lalu,berdetum-detam persidangan parlimen membincangkan hal berkaitan keganasan Israel menyerang flotilla di parlimen, ramai pemimpin-pemimpin mengecam tindakan Israel,tidak ketinggalan juga perdan menteri Malaysia.Tahniah diucapkan di atas kesedaran beliau berbicara berkaitan Palestin.Sekalipun beliau mengambil masa yang lama untuk memberi keterangan berkaitan isu ini.Tetapi sekadar ucapan dan syarahan dan kutukan sahaja tidak membawa kesan apa-apa kepada rakyat.Sekiranya ucapan tersebut tidak disertakan dengan perubahan dan penghijrahan dari pemerintahan yang sentiasa mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara kepada pemerintahan yang bersih dan amanah.

Di saat kita telah berjaya menghidupkan diri dengan kalimah jihad di hati dengan mengecam tindakan Israel, saat kita baru sahaja berdemontrasi menghantar memorandum Amerika berkaitan isu fotila,janganlah dengan munculnya piala dunia,kita sanggup berjaga malam untuk menontonnya, ambillah hiburan itu sekadarnya sahaja.Sedangkan malam-malam sebelumnya tidak pula kita hiasinya dengan berjaga malam untuk bermunajat dan bertahajjud kepada Allah bagi mencapai kekuatan dan keimanan di hati sepertimana kekuatan iman yang dimilik oleh tentera Panglima perang Islam yang terulung dan berstrategi dalam mencipta kemenangan dalam peperangan Salib. Bahkan kepintaran beliau mencipta strategi dalam peperangan itu diiktiraf oleh musuh Islam, Dialah Sollahudeen al-Ayyubi.

Khaibar,kahibar ya Yahudi,Jundu Muhammad Sata’ud….

Artikel oleh: bintukamaruddin

07 Jun, 2010

Alumni MADI mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza di perairan antarabangsa serta menyeru ahli untuk terus berdoa akan keselamatan rakyat Palestin dan turut bersama merasai perjuangan dan bebanan ujian yang berat ini.

NOSTALGIA